Tuesday, April 14, 2009

Aku bernombor kosong "0" ?

Salam

Aku ada terbaca post dr kawan baik ku
Dan aku rasa post dia sgt menarik
Aku mula berfikir adakah aku bernombor?
Adakah aku ini memang "0"
Kalau aku "0" bolehkah aku jd bernombor?
Erm aku mula "Flashback" kisah2 hidup aku

Sememangnya aku rasa aku ini bernombor "0"
Kenapa aku bernombor "0"
Adakah aku mahu jd seseorang yg bernombor?
Mestilah aku mahu!
Mahu mengikut jejak rakan2 ku yg bernombor

Apa langkah2 yg aku buat utk menjadi seorang yg bernombor?
Mesti la memilih kawan yg mempunyai nombor yg tinggi
Kenapa aku memilih org yg sebegitu?
Harapan supaya mereka bole membantu aku menjadi seorang yg bernombor
Syukur Alhamdullillah, perlahan-lahan aku berusaha
Aku senyum, ketawa, berjenaka, suka dan duka
Aku mengikut, mendengar, patuh, janji, segalanya aku turuti
Kenapa? Supaya aku boleh jd seperti mereka mempunyai nilai nombor

Tapi biasalah org yg bernombor mempunyai taraf
Mereka terlalu sukar utk dikejar, aku tetap mengejar!
Tapi apakan daya aku bernombor "0" sentiasa memerlukan
Tunjuk Ajar, Pemerhatian, panduan dlm sesuatu masalah
Tetapi kenapa terlalu byk alasan? Berat sgt utk menolong?
Hanya sedikit pertolongan sahaja
Bukan ku suruh datang rumah
Bukan ku suruh terangkan semua
Org yg tidak bernombor ini mengganggu? menyemak?
Adakah org bernombor buat sesuatu kerja tanpa memerlukan bantuan org lain?
Apakah mereka yg bernombor melakukan semua kerja seorang diri?
Kalau betul, maka ternyata la mereka layak memiliki nombor
Jadi aku yg tersilap kerana meminta sesuatu yg aku mampu buat sendiri
Tapi aku tetap menyempurnakan tugasan, aku mencuba! cuba!
Betul atau tidak boleh dibetulkan
Tetapi jgn menolak hasil kerja ku bulat2
Kenapa mahu menolak? Sbb aku tidak bernombor?
Hasil kerja aku tidak betul? Tidak betul elok ditegur
Bukan diperlekehkan

Nasib baik aku yg tidak bernombor yg kene
Bayangkan hasil kerja anda semua diperlakukan sebegitu
Kecewa? Kecil Hati? Happy? Gelak?
Manusia yg takde perasaan saja yg merasa begitu
Kini aku tersedar yg aku tidak akan menjadi seseorang yg bernombor
Aku tidak memerlukan org2 yg bernombor utk menjadi panduan aku lg
Kerana org bernombor terlalu memikirkan diri mereka utk menjadi angka yg lebih tinggi
Jadi utk jd org yg bernombor aku perlu berdiri dgn kaki ku sdiri
InsyaAllah

Hanya lah luahan perasaan seorang manusia yg tidak pandai menjaga hati kawan2
Minta Maaf byk2 dari insan yg lemah lg hina
Sesungguhnya aku insan yg membuat silap
Semoga persahabatan sentiasa kekal selamanya